Sunday, February 15, 2009

Daulat Tuanku! BN mentadbir semula Perak.

Setelah dipohon maklum kepada DYMM Paduka Seri Sultan, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak telah mengumumkan bahawa BN kini memiliki majoriti dalam Dewan Negeri Perak.

Setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan, Menteri Besar baru YAB Dato Dr Zambry Abdul Kadir telah dititah mengadap dan telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-11 Negeri Perak Darul Ridzuan. Setelah jatuhnya kerajaan PR yang lalu, era baru untuk negeri Perak kini bermula dan pastinya, BN akan berkerja keras untuk mentadbir negeri dengan baik & sejahtera.

No comments:

Post a Comment