Sunday, November 29, 2009

29 Nov: MAJLIS MESRA AIDIL ADHA ADUN BERSAMA MASYARAKAT

Antara penduduk kampung yang hadir ke majlis korban ini.
Kelihatan Tok Penghulu Abd Malik, Tok Penghulu Ainal dan Ustaz Ali Kasidi. Turut hadir bersama ialah Tok Penghulu Abdullah, Mukim Teluk Bharu.
YB Dr Wan sedang menyampaikan ucapan sempena Hari Raya Aidil Adha.
Antara Penghulu dan barisan Ketua Kampung yang turut bersama memeriahkan majlis sambutan Aidil Adha ini.

Majlis mesra sambutan Aidil Adha ini diadakan di Kg Tersusun Sg Ranggam, iaitu di perkarangan rumah Hj Sulaiman Siyun, Ketua Kampung Sg Rusa. Sebanyak 6 ekor lembu telah disembelih untuk majlis ini di mana 1 ekor dagingnya dimasak untuk 2 jenis masakan iaitu kari daging dan daging masak hitam. Sungguh lazat rasanya masakan daging lembu segar ini. Pada malam sebelumnya telah diadakan majlis makan-makan sup tulang bersama masyarakat setempat. Sup tulangnya memang ada umphh... sungguh sedap dan istimewa sekali rasanya. 5 ekor disembelih pada paginya dan daging diagih-agihkan kepada penduduk kampung di mukim berdekatan terutamanya golongan yang susah, warga emas dan OKU.

Selain daripada kita menghayati nilai-nilai pengorbanan dan perjuangan Islam, majlis ini juga dapat memupuk & menyemarakkan semangat bergotong royong serta merapatkan lagi tali silaturrahim sesama Islam dalam DUN Kg Gajah ini. Antara Penghulu yang hadir ialah Penghulu Mukim Sg Durian, En Ainal Ghani; Penghulu Mukim Teluk Bharu, En Abdullah Satar dan Penghulu Mukim Kg Gajah, En Abd Malik. Ramai ketua kampung yang hadir, antaranya tuan rumah Hj Sulaiman Siyun, En Roslan Adnan, En Tan Jamaluddin, En Saiful Bahari Ismon, En Zainal Abidin Ismail,En Mohamed Hayat Omar,En Azizudin Shaari, En Rodzi Bakar, En Zulkifliamin Taha, En Saad Harun dan En Harun Nayan. Turut hadir Ustaz Hj Mohammad Ali Kasidi yang telah sudi mengetuai bacaan doa.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Penghulu Ainal, Penghulu Abdullah serta seluruh AJK Pelaksana Program Mesra ini atas kerja keras mereka bagi menjayakan majlis ini. tidak dilupakan kepada tuan rumah, Hj Sulaiman Siyun dan isterinya Pn Khairiah Abd Manan atas kesudian membantu memastikan majlis berjalan lancar. juga kepada kumpulan Wanita yang banyak membantu memasak masakan yang enak-enak.
Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan buat semua warga Kg Gajah.

No comments:

Post a Comment