Sunday, January 3, 2010
Sunday, November 29, 2009
29 Nov: MAJLIS MESRA AIDIL ADHA ADUN BERSAMA MASYARAKAT
Majlis mesra sambutan Aidil Adha ini diadakan di Kg Tersusun Sg Ranggam, iaitu di perkarangan rumah Hj Sulaiman Siyun, Ketua Kampung Sg Rusa. Sebanyak 6 ekor lembu telah disembelih untuk majlis ini di mana 1 ekor dagingnya dimasak untuk 2 jenis masakan iaitu kari daging dan daging masak hitam. Sungguh lazat rasanya masakan daging lembu segar ini. Pada malam sebelumnya telah diadakan majlis makan-makan sup tulang bersama masyarakat setempat. Sup tulangnya memang ada umphh... sungguh sedap dan istimewa sekali rasanya. 5 ekor disembelih pada paginya dan daging diagih-agihkan kepada penduduk kampung di mukim berdekatan terutamanya golongan yang susah, warga emas dan OKU.
Selain daripada kita menghayati nilai-nilai pengorbanan dan perjuangan Islam, majlis ini juga dapat memupuk & menyemarakkan semangat bergotong royong serta merapatkan lagi tali silaturrahim sesama Islam dalam DUN Kg Gajah ini. Antara Penghulu yang hadir ialah Penghulu Mukim Sg Durian, En Ainal Ghani; Penghulu Mukim Teluk Bharu, En Abdullah Satar dan Penghulu Mukim Kg Gajah, En Abd Malik. Ramai ketua kampung yang hadir, antaranya tuan rumah Hj Sulaiman Siyun, En Roslan Adnan, En Tan Jamaluddin, En Saiful Bahari Ismon, En Zainal Abidin Ismail,En Mohamed Hayat Omar,En Azizudin Shaari, En Rodzi Bakar, En Zulkifliamin Taha, En Saad Harun dan En Harun Nayan. Turut hadir Ustaz Hj Mohammad Ali Kasidi yang telah sudi mengetuai bacaan doa.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Penghulu Ainal, Penghulu Abdullah serta seluruh AJK Pelaksana Program Mesra ini atas kerja keras mereka bagi menjayakan majlis ini. tidak dilupakan kepada tuan rumah, Hj Sulaiman Siyun dan isterinya Pn Khairiah Abd Manan atas kesudian membantu memastikan majlis berjalan lancar. juga kepada kumpulan Wanita yang banyak membantu memasak masakan yang enak-enak.
Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan buat semua warga Kg Gajah.
Thursday, November 26, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Adha dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kg Gajah

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kg Gajah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada Warga Kampong Gajah serta seluruh Muslimin & Muslimat di seluruh Pasir Salak dan juga di perantauan.
Mari kita mendoakan para jemaah haji dari Kg Gajah yang berada di Tanah Suci selamat menunaikan ibadat mereka dan selamat pulang ke Tanah Air untuk bertemu semula dengan sanak saudara yang menanti mereka. Semoga segala pengorbanan yang dilakukan oleh kita semua mendapat berkat dari Illahi.
LAWATAN KEBAJIKAN ADUN KG GAJAH

Sunday, November 22, 2009
NOV 2009; BANJIR MELANDA KG GAJAH LAGI!!
Pelantikan Pegawai Khas ADUN Kg Gajah

Monday, October 26, 2009
OKT 2009 : MESRA DEEPAVALI BERSAMA ADUN DI LADANG RUBANA
Subscribe to:
Posts (Atom)