Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kg Gajah


Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kg Gajah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada Warga Kampong Gajah serta seluruh Muslimin & Muslimat di seluruh Pasir Salak dan juga di perantauan.

Mari kita mendoakan para jemaah haji dari Kg Gajah yang berada di Tanah Suci selamat menunaikan ibadat mereka dan selamat pulang ke Tanah Air untuk bertemu semula dengan sanak saudara yang menanti mereka. Semoga segala pengorbanan yang dilakukan oleh kita semua mendapat berkat dari Illahi.

LAWATAN KEBAJIKAN ADUN KG GAJAH

Menziarahi Pak Yatim Ehsan yang uzur di rumahnya di Kg Tg Sari. Beliau berusia lebih 100 tahun.
Melawat En Mohamad yang tinggal di rumah yang daif di Kg Sg Jejawi.
Melawat keluarga Zaharah Ismail yang hidup daif di Kg Biak Hilir. Beliau telah diberi sebuah rumah PPRT atas tapak rumahnya yang uzur itu.Bertanya khabar dengan Hj Ishak, bekas pemimpin veteran UMNO di Kg Sg Buaya.
Melawat Wan Nab yang sakit tua dan terlantar di rumahnya di Kg Pulau Gajah.Melawat Pak Hamid yang sakit dan uzur di rumah beliau di Kg Pulau Juar.
Menziarahi Pak Razak yang sakit tua dan uzur di rumahnya di Kg Pulau Gajah.
Melawat mangsa kemalangan yang patah kakinya akibat kemalangan di rumahnya di Kg Empai.Bertanya khabar dengan seorang warga emas yang kudung kaki kirinya, Encik Annamalai di Ladang Rubana.
Melawat seorang pemimpin veteran yang sakit terlantar di rumahnya di Kg Empai.
Melawat seorang warga emas yang uzur di Kg Empai.
Menziarah Pak Ajid yang lumpuh dan sakit tua di Kg Changkat Bayas.
Meninjau keadaan Makcik Aishah yang bengkak kedua belah kakinya di Changkat Rambai.
Melawat keadaan seorang warga emas yang patah buku lalinya akibat jatuh motor di Kg Empai, Teluk Sareh.

Sunday, November 22, 2009

NOV 2009; BANJIR MELANDA KG GAJAH LAGI!!

Tinjauan bersama Penghulu Mukim Bandar, Penghulu Ahmad Mahmud di Kg Pebayan.
Tinjauan ke tebing sungai yang mengalami hakisan bersama Ketua Kampung Pulau Besar, Encik Ramli Mohamed.
Meninjau keadaan jalan masuk ke Kg Pulau Besar yang terhakis teruk. Peruntukan kecemasan ADUN telah dikeluarkan serta merta bagi membaiki kerosakan ini. Jalan ini telah selesai dibaiki beberapa hari selepas itu.
Nov 2009; Kanak-kanak bermain air banjir di Kg Air Mati.Melawat jalan ke Kg Bandar yang ditenggelami air.

Pelantikan Pegawai Khas ADUN Kg Gajah

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kg Gajah ingin mengumumkan perlantikan Cikgu Mustafa Ngah Mansor sebagai Pegawai Khas ADUN Kg Gajah. Beliau yang lebih senang dikenali sebagai "Cikgu Tapa" merupakan bekas Guru Besar & Ketua Kampung di Kg Gajah serta bekas AJK UMNO Bahagian Pasir Salak. Cikgu Tapa memang dikenali ramai sebagai salah seorang pemimpin masyarakat yang senang bergaul, berdedikasi & kuat berkerja turun padang. Dengan perlantikan ini, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kg Gajah akan terus berusaha meningkat maju usaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengundi & warga DUN Kg Gajah.

Monday, October 26, 2009

OKT 2009 : MESRA DEEPAVALI BERSAMA ADUN DI LADANG RUBANA

Bersama Penghulu Mukim Sg Durian , En Ainal Ghani, Pengurus Ladang, En Nizam,
En Damor, Pn Majura dan para penduduk Ladang Rubana yang hadir ke majlis ini.
Bergambar beramai bersama pekerja ladang.
Bergambar kenangan bersama wanita.
Menyampaikan cenderahati sempena perayaan Deepavali
Menyuapkan mee kari kepada anak salah seorang penduduk.
Membantu menjamu tetamu yang hadir.

Tuesday, September 29, 2009

27 Sept 2009: MAJLIS JAMUAN AIDIL FITRI YB ADUN KG GAJAH

Antara ketua kampung dan tetamu yang hadir di majlis yang diadakan
di Dewan SMK Dato' Seri Maharajalela, Kg Gajah.
Penyampaian Dermasisiwa kepada pelajar dalam DUN Kg Gajah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Disampaikan oleh YB Dato' Tajuddin Abd Rahman.
Antara orangramai dari seluruh Kg Gajah yang hadir memeriahkan majlis.
Penyampaian dermasiswa disampaikan oleh Datin Hjh Rohkiah Abd Samat.
Penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang disampaikan oleh Elise Sofea dan Eric Razman.
Menyampaikan sumbangan untuk kanak-kanak yatim.
Bermesra dan menyampaikan sumbangan raya kepada warga emas dan OKU yang hadir seramai 54 orang dari setiap kampung di Kg Gajah.

Sunday, July 26, 2009

Julai 2009: GOTONG ROYONG MEMBAIKPULIH RUMAH BERSAMA TLDM DI BUKIT CHAWI

Bergambar kenangan bersama anggota TLDM di hadapan rumah yang dibaikpulih di Kg Bukit Chawi, Mukim Bandar.
Penyampaian sijil penghargaan kepada anggota KD Pelanduk yang berhempas pulas selama 2 hari membaikpulih rumah sepasang warga emas ini. Turut serta Penghulu Mukim Bandar, En Ahmad Mahmud dan ketua-ketua kampung.
YB Dr Wan Norashikin menyampaikan ucapan perasmian rumah baru.
Tuan rumah, Makcik Sariah dan Makcik Jadiah yang merupakan warga emas yang ibu tunggal dibawa masuk untuk melihat rumah baru mereka.
Upacara memotong riben perasmian di hadapan pintu masuk rumah.